Monday 4 December 2017

Siapakah Dr.Ridhuan Hoe Bin Abdullah?

Siapakah Pengasas Aculife Malaysia & Kenapa Beliau Giat Membantu Pesakit Kronik Sejak 20 Tahun Yang Lalu?

Nama : Dr.Ridhuan Hoe Bin Abdullah

Asal / Lahir : Kuala Selangor, Selangor (Menetap di Taiwan sejak zaman remaja)

Umur : 83 tahun

Pengalaman : Dr.Perubatan di Hospital Besar Taiwan, berkhidmat selama 40 tahun di sana

Bidang sekarang : Teknologi Perubatan Cina Akupunture + Terapi Anion (Aculife M Sdn Bhd)

Isteri : Dr (H).Zahariah (Dr.Homeopathy)

---------
Pengenalan 
---------

20 tahun yang lalu, Dr.Ridhuan Hoe disahkan menghidap Kanser Hidung stage 4, manakala lewat 10 tahun selepasnya, Isterinya diserang Kanser Payudara,

Walaupun telah melalui prosedur Chemotherapy pada tahun 1992, namun, Sel Kanser beliau menyerang buat kali ke-2 pada tahun 1998, namun, pada waktu tersebut, beliau berusaha untuk menggunakan kaedah alternatif selain Chemotherapy,

Setelah mencari & mencuba pelbagai alternatif untuk isu Kansernya yang semakin hari semakin merebak,

Akhirnya, melalui gabungan kaedah teknologi perubatan Cina + German (Akupunture + Terapi Anion), mereka berdua dapat menikmati kehidupan yang sihat & bahagia sehingga ke hari ini, Izin Allah,

Sejak 20 tahun yang lalu sehingga hari ini, Dr.Ridhuan Hoe & Isteri, giat membantu & mendidik orang awam yang menghadapi isu kesihatan yang sama seperti mereka pada waktu dahulu melalui kaedah teknologi akupunture & terapi, 

Walaupun usianya telah pun mencecah 83 tahun pada hari ini, namun, ia bukanlah penghalang untuknya terus berkongsi kebaikan rawatan terapi yang telah 'menyelamatkan' nyawa beliau 20 tahun yang lalu,

Terlalu banyak Ilmu yang perlu dicungkil & dipelajari daripada Dr.Ridhuan Hoe oleh generasi muda kini, namun, beliau juga tidak pasti adakah Ilmu tersebut masih ada sekiranya beliau telah tiada,

No comments:

Post a Comment