Wednesday 6 December 2017

Persekitaran Kotor : 4 Faktor UTAMA Penyakit Moden Hari Ini...

Tak boleh nak elak, hari ini, manusia hidup di dalam persekitaran yang 'berpenyakit', kehidupan yang stress / tertekan,



Ketika Uwais berusia lingkungan 2 tahun, saya & isteri berusaha mencari ubat & penawar untuk isu kesihatannya (Cerebral Palsy), kami percaya, "Setiap Penyakit Mesti Ada Ubatnya", saya sangat berpegang kepada kenyataan tersebut yang ianya adalah Sabdaan Baginda Rasulullah SAW sendiri,

Sehinggalah, pada suatu hari ada seorang Sahabat saya, mencadangkan supaya saya masuk ke dalam Group Kesihatan yang diasaskan oleh seorang Prof.Dr, tujuannya adalah untuk saya bertanya di dalam Group tersebut berkenaan punca sebenar situasi yang berlaku kepada anak saya Uwais,

Namun, pada ketika itu, Admin Group tersebut juga tidak dapat merungkai punca kepada situasi yang berlaku kepada Uwais,

Namun, saya dapat Ilmu yang sangat berguna & Ilmu tersebut saya pegang & amal hingga sekarang,

Admin berkongsi tentang 4 faktor UTAMA masalah kesihatan yang berlaku hari ini, iaitu :

1. Pemakanan

2. Persekitaran

3. Emosi

4. Gangguan Makhluk Halus

Sejak daripada itu, saya tercari-cari apakah PUNCA sebenar isu yang berlaku kepada Uwais, kerana, seingat kami, sepanjang dalam kandungan Uwais disahkan normal, takda apa-apa isu, cuma, saiz nya sahaja yang sedikit kecil,

(Ya, takdir Allah tiada siapa pun boleh nafikan, namun, kami hanya ingin tahu berkenaan PUNCA nya sahaja)

Selepas sekian lama mencari jawapan, kami hampir pasti PUNCA kepada situasi Cerebral Palsy Uwais, mungkin adalah kerana faktor PERSEKITARAN,

Ya, Ibu Uwais adalah seorang Jururawat di sebuah Hospital Awam, kemungkinan bekerja di dalam persekitaran wad telah memberi kesan kepada Uwais semasa di dalam kandungan dahulu,

Pernah saya terbaca sebuah artikel yang menyatakan,

"Kawasan Hospital Adalah Kawasan Yang TIDAK SELAMAT"

Zaman dahulu, Hospital dikenali dengan nama "Rumah Sakit",

Hari ini, walaupun namanya telah ditukar, namun, ciri-ciri & suasana rumah sakit tetap tidak boleh ditinggalkan, 

Rumah sakit hanya untuk orang sakit, jangan hairan, sekiranya orang yang tak sakit berpotensi untuk sakit juga sekiranya berada di dalam persekitaran yang sakit,

Habis, nak buat camna? Takkan orang sakit nak jaga diri mereka sendiri tanpa ada Pegawai Perubatan?

Iyalah, betullah tu, memang kena ada Doktor, Jururawat dan sebagainya, namun, peluang untuk sakit juga, kita tak boleh nafikan, (Solusinya tetap ada, akan datang saya kongsikan lagi)

Long story short, selepas hampir 3-4 tahun berikhtiar untuk mencari solusi kepada situasi Uwais, hanyalah Terapi yang berkenaan OKSIGEN yang boleh membantu Uwais ketika ini,

Alhamdulillah, selepas 3-4 bulan menjalani Terapi Anion Aculife, Uwais semakin cergas & seolah menunjukkan beliau ingin keluar daripada kemelut isu Cerebral Palsy nya ketika ini...Ameen, In Shaa Allah, Allahu Akbar! (Abi & Ibu tunggu sejak 4 tahun yang lalu saat ini sebenarnya)


No comments:

Post a Comment