Thursday 8 February 2018

Bagaimana Cara Untuk STOP Penyakit Keturunan?

Biasa tak kita tengok individu yang pada waktu usia mudanya, bila datang rasa sakit-sakit, dia hanya depend pada ubat-ubatan (kimia @ tak kimia), supaya rasa sakitnya kurang ataupun lega?

Kalau tak dilegakan, memang tak boleh nak buat kerja jadinya, biasa tengok?

Baik, kalau Anda biasa tengok, saya just nak share KISAH BENAR!

Dan saya tak tahu nak cerita tentang orang lain, jadi, saya cuba kongsikan cerita sendiri,

Dari saya muda remaja, sehinggalah sekarang dah masuk 3 series, saya mengalami beberapa situasi yang tidak ketahuan puncanya,

1. Dada saya agak tinggi 

2. Jantung saya berdegup pantas

3. Terlebih-lebih berpeluh

4. Nafas saya berbunyi agak kuat

5. Cepat mengah

Kelima-lima situasi di atas saya telah lalui sejak zaman sekolah lagi, walau dulu kurus & sekarang berat badan menaik, keempat-empat situasi tersebut tetap saya alami,

Sebenarnya, bukan, saya tak pernah buat check up dengan Klinik mahupun Hospital, cuma, kata Pegawai Perubatan, situasi tersebut biasa & mereka tak nampak apa-apa isu yang patut dibimbangkan,

Bila kata normal, kita pun takda la dah nak pergi buat check up lagi,

Sehinggalah bila saya dah berkahwin, dapat anak sorang, iaitu Muhammad Uwais Ukasyah, saya perhati, Uwais juga berhadapan dengan situasi seperti di atas,

Dan yang lebih menyedihkan lagi waktu tu adalah, Uwais mengalami isu 'Global Delay Development (GDD)' @ 'Cerebral Palsy' (Kata Pakar Perubatan Prince Court Medical Centre)

(Sedikit cerita tentang Uwais, saya pernah tulis DI SINI)


Cuma, itu cerita Uwais yang dahulu, sekarang dah lain tau, Alhamdulillah! ;)


Doakan nanti, saya dapat tulis kronologi tentang Uwais sejak mula lahir, bagaimana kami boleh kesan isu yang berlaku kepada Uwais & sehingga sekarang Uwais semakin pulih, doakan ya, setakat ni belum ada kesempatan lagi,

Baik, sejak daripada itu, saya mula faham, bahawa...

Air sungai jika ditahan dengan batu @ empangan, ia akan keluar melimpah juga bila tiba masanya, bahkan mungkin air sungai yang melimpah tu boleh mengakibatkan banjir besar!

Betul?

Pada saya, sakit yang menimpa kita juga begitu...

Bila tak dirawat PUNCA nya, kita 'syok' amalkan 'Ubat Tahan Sakit', sebab, nak sihat cepat, senang nak buat kerja, tak perlu ambil 'MC' sebab banyak kerja nak kena buat di pejabat & sebagainya, sampai masa 'Penyakit Sebenar' tesebut akan keluar juga,

Mungkin tak kena pada kita, tapi, terkena kepada keturunan kita,

Dan kebiasaannya, ia datang dalam keadaan 2 kali ganda lebih kronik (Mudah-mudahan Allah elakkan, In Shaa Allah)

Contoh, bila sering rasa mengantuk, kita pun bancuh Kopi pekat-pekat & minum, terus hilang ngantuk kan? 

Ini kira 'Ubat Tahan Sakit' juga pada saya, sedangkan mengantuk di luar kebiasaan tu, menandakan sistem badan tengah bagi 'Signal Sakit' bahawa badan kita kekurangan Oksigen,

Sebab sibuk, banyak kerja nak buat, kita pun ambil JALAN PINTAS dengan hanya minum Kopi kaw-kaw untuk lega,

Biasa buat? ELAKKAN!

Kadang, kita ni, bila anak berhadapan dengan apa-apa isu, kita hanya lihat kepada isu ANAK kita sahaja tanpa pernah lihat, siapakah PEMBAWA kepada isu tersebut?

Pernah tak kita cuba check & rawat PEMBAWA isu kepada Anak tu?

Begitulah yang berlaku kepada kami,

Dan inilah yang dinamakan sebagai PENYAKIT KETURUNAN,


Selagi Ibu & Ayah tak cuba rawat Penyakit & Isu sendiri, ia akan diturunkan kepada generasi keturunannya,

Adakah ada solusi supaya isu Penyakit Keturunan dihentikan?

Ya, ada!

Iaitu, Ibu & Ayah perlu rawat isu Penyakit mereka terlebih dahulu, jangan duk sibuk & leka rawat Penyakit Anak sahaja,

Contoh, jika Anak pertama ada isu, bermakna Ibu & Ayah juga ada isu, Atuk & Nenek juga ada isu,

Bilamana isu Ibu & Ayah dirawat dengan sebaiknya, Anak ke-2, ke-3, ke-4 & seterusnya akan berpotensi besar untuk dilahirkan dalam keadaan sihat & walafiat tanpa ancaman Penyakit yang pelbagai, In shaa Allah,

Dan, sekarang, Alhamdulillah, daripada kelima-lima isu yang saya hadapi sejak zaman sekolah dahulu, isu nafas berbunyi kuat & cepat mengah semakin berkurangan, yang lain itu masih dalam proses pemulihan :)

Uwais pula, dadanya telah kembali normal (tak tinggi seperti waktu lahir) & isu kesihatannya juga semakin pulih, Alhamdulillah, In shaa Allah,

Dr.Ridhuan Hoe juga cakap, kelima-lima situasi yang saya alami di atas tu, PUNCA nya adalah kerana Jantung, Hati, Peparu kurang berfungsi dengan baik,

Bila situasi tersebut semakin berkurang, ia menandakan Jantung, Hati & Peparu semakin pulih serta sedang berfungsi dengan baik, In shaa Allah, Alhamdulillah...

Jom sama-sama STOP isu Penyakit Keturunan, lahirkan generasi yang sihat walafiat, In shaa Allah,


Ujian & dugaan tetap ada, sama ada kita mahu biarkan sahaja @ berusaha untuk mengatasinya, ia adalah 2 perkara yang berbeza,

Kata orang Kampung saya : "Tough Time Never LAST, But, Tough People DO!" ;)


No comments:

Post a Comment