Friday 5 January 2018

Semakin Manusia Menjauhi Alam, Semakin Dekat Mereka Dengan Penyakit...

Kita semua perlu hargai & syukuri segala nikmat kurniaan Illahi untuk diri,

Allah bagi FREE semuanya, Nyawa, Udara, Kaki, Tangan, Mulut, Jantung, Buah Pinggang, Hati, Mata, Hidung & sebagainya...

Enjin kereta kalau tak pernah rosak, kita sendiri pun tak tahu berapa harga enjin kereta kan?

Yelah, buat apa nak ambil tahu, kereta elok lagi, enjin tak rosak pun...

Jadi, kalau kita nak tahu berapa harga setiap perkara FREE yang Allah bagi, tunggulah rosak, nanti kita akan mula tahu berapa harganya,

Contoh, bila BUAH PINGGANG rosak, Anda boleh kira sendiri berapa harganya, iaitu, selepas Anda mengetahui Kos Rawatan untuk Dialisis...

(Anda boleh tekan kalkulator & kira, setahu saya kos sekali Dialisis RM 300, seminggu ada yang sampai 3 kali kena buat, kiralah RM 300 x 3 kali seminggu x 4 (sebulan) x 12 bulan (setahun) x  60 tahun = ???)

Buah Pinggang, dah biasa, sebab sekarang ni Pusat Dialisis pun banyak, jika berkeperluan, Anda boleh pergi ke Pusat Dialisis atas nasihat Doktor,

Yang saya nak kongsikan di sini adalah tentang berapa harga UDARA yang kita nikmati hari ini?

Sebagaimana yang kita sedia maklum, di dalam udara terkandungnya Gas (Oksigen, Nitrogen, Wap Air & sebagainya)

Eh, buat apa sibuk nak kira kos Udara? Macam lah nak kena beli, kena beli ke?

Aah, kena beli, cuma, setakat ini, ia tak berlaku di Malaysia, ia sedang berlaku di Beijing, China!

(KHAS untuk mereka yang memerlukan udara bersih & segar di sana)


Akibat daripada pencemaran udara di sana, maka, Moses Lam telah mengedar & menjual UDARA BERSIH & SEGAR yang diambil daripada Banjaran Rocky, Canada,

Produk yang diberi jenama 'Vitality Air' ini dijual pada harga $24 (RM 96) sebotol untuk 160 kali tarikan,

Kata Moses Lam yang juga CEO kepada Vitality Air : "Penghantaran 500 botol pertama kami habis dijual dalam tempoh 4 hari...!"

Menarik kan Bisnes ni? :)

Saja saya duk Youtube, nak tengok bagaimana keadaan & suasana di Banjaran Rocky, 


Fuhhh! punyalah cantik & damainya, kalau orang sakit memang boleh sihat kalau duduk sini, persekitaran begini memang menggalakkan tubuh badan kita sentiasa sihat,

Jadi, kalau kita nak terus dapat UDARA BERSIH & SEGAR, berapa botol agaknya produk Vitality Air dalam sehari kita nak kena pakai?

(Anda perlu tahu, Oksigen yang terkandung di dalam Udara, adalah 'Makanan' kepada SEL)

Menurut Ahli Fisiologi Manusia, Vivienne Marcus - "Dalam hitungan 24 jam, normalnya seorang Manusia akan menarik nafas sehingga 17,820 kali..."

Cuba kira :

17, 820 kali / 160 kali = 111 botol (Sehari diperlukan)

111 botol x RM 96 = RM 10, 656 / sehari

RM 10, 656 x 30 hari = RM 319, 680 / sebulan

RM 319, 680 x 12 = RM 3, 836, 160 / setahun

RM 3, 836, 160 x 60 tahun = RM 230, 169, 600 / 60 tahun

Subhanallah, patut sujud Syukur selama mungkin bila kita tahu nilaian harga UDARA yang kita sedut setiap detik ni...Subhanallah!

Dan, sebenarnya, bila Dunia semakin maju, semakin jauh kita daripada UDARA BERSIH & SEGAR!

Lihat saja, apa yang sedang berlaku di kawasan sempadan Kelantan & Pahang, di Merapoh sana, Bumi Hijau yang berusia sekitar 300 juta tahun sedang dimusnahkan oleh pihak yang mengejar kekayaan daripada khazanah Bumi Hijau Merapoh!


Jika hutan digondol, pokok-pokok dimusnahkan, bagaimana proses penghasilan Oksigen & proses penyerapan Karbon Oksida boleh berlaku secara semulajadi? Jika tidak boleh berlaku secara semulajadi, di mana ia akan berlaku? 

Ya, di UDARA! 

Siapa yang 17,820 kali sehari tarik nafas?

Siapa yang sakit?

Kata Ahli Fikir Greek yang terkemuka, Hippocrates : "Semakin manusia menjauhi Alam, semakin dekat mereka dengan Penyakit..."

Hayati & Syukuri! 

P/s : Untuk sihat & mendapatkan Oksigen yang secukupnya melalui Therapy Aculife Anion selama 60 tahun, kita hanya memerlukan 0.01 %  daripada kos 60 tahun produk udara bersih yang dijual seperti 'Vitality Air' di atas sana.


No comments:

Post a Comment