Wednesday 3 January 2018

Kerosakan ALAM & Kemunculan Pelbagai Penyakit Moden Hari Ini...

Masa saya berulang ke Shah Alam 1-2 tahun yang lepas untuk bawa Uwais mendapatkan rawatan therapy dengan seorang Dr. Naturopathy, dapat saya tengok, pelbagai jenis penyakit moden yang Dr. tersebut rawat & beliau telah 'bergelumang' dengan pelbagai jenis penyakit moden sejak 8 tahun yang lalu, maknanya, dah banyak kes beliau handle, terutamanya untuk golongan kanak-kanak,

Isunya, Dr.Naturopathy adalah profesion yang tidak DIIKTIRAF oleh 'Badan tertentu', cuma, sebelum saya berjumpa dengan Dr.Naturopathy ini, hampir setiap saat, kami buntu memikirkan apakah PUNCA situasi yang berlaku kepada Uwais, 

(Appointment demi appointment telah dibuat di Hospital untuk masalah Uwais, namun, belum jumpa jalan keluar pada waktu tersebut)

Akhirnya, ketika usia Uwais, hampir 2 tahun, kami jumpa jawapannya semasa berjumpa dengan Dr.Naturopathy tersebut & selepas beberapa bulan menghantar Uwais untuk Therapy, barulah kami bertanya kepada Dr. tersebut : "Actually, apa PUNCA Uwais boleh jadi begini ya...?"

Beliau jawab : "Isunya adalah OKSIGEN tak cukup sampai kepada Otak, menyebabkan Saraf mengecut & jadilah Uwais seperti ini..."

Ceritanya panjang lagi, cuma, berbalik kepada tajuk asal atas tu, sebenarnya, apa yang terjadi kepada  ALAMUDARA kita hari ini? 

Dan apa kaitannya dengan kemunculan pelbagai Penyakit Moden hari ini?

Semasa taklimat penerangan tentang Anion (Ion Negatif) baru-baru ini, saya memulakan bicara dengan menyebut : "ALAM ini sedang 'berkomunikasi' dengan Manusia melalui pelbagai jenis penyakit moden yang muncul pada hari ini, mereka seolah ingin memberitahu kepada Manusia, bahawa PUNCAnya adalah melalui tangan-tangan Manusia itu sendiri..."

Kenapa saya cakap begitu?

Terlalu banyak kajian, perbincangan & ilmu Sains yang menerangkan tentang bagaimana proses penghasilan Oksigen & Karbon Oksida berlaku,

Kita akan maklum, bahawa Manusia memerlukan Oksigen & hidupan seperti Pokok menghasil & menyerap Karbon Oksida di dalam udara,

Mengikut kajian, pokok menyerap lebih kurang 1 Tan Karbon Oksida setiap tahun,


Badan Lingkungan Nasional Kanada, menyebutkan - Rata-rata 1 pohon Pokok dapat menghasilkan lebih kurang 118 kg Oksigen / Tahun,

Namun realitinya, apa yang tinggal pada ALAM ini?

(Anda boleh baca tentang apakah kesan & akibat bila ALAM ini dimusnahkan DI SINI)

Hampir setiap hari, hutan-hutan digondol untuk mengeluarkan hasil kayu yang tidak dapat dinafikan dalam pasaran nilainya tersangat tinggi, sikap Manusia yang Tamak, Haloba, Pentingkan Diri Sendiri telah menyebabkan pelbagai kerosakan yang berlaku pada ALAM ini,

Terdapat 2 perkara yang boleh berlaku sekiranya hidupan seperti Pokok tiada @ dilenyapkan, iaitu :

1. Oksigen tidak cukup, 

2. Proses menyerap Karbon Oksida yang dipanggil 'Pengoksidaan' akan terus berlaku tanpa henti, namun, proses tersebut tidak dapat berlaku secara semulajadi, namun, ia akan terus berlaku di dalam UDARA,

(Menurut Vivienne Marcus, Ahli Fisiologi Manusia – Dalam hitungan 24 jam, normalnya seorang Manusia akan menarik nafas hingga 17,820 kali)

Apa yang akan jadi seterusnya? Lihat apa yang pernah dikatakan oleh seorang Prof. daripada Universiti Hokkaido,

Kesimpulannya, proses Pereputan & Pengaktifan perlu berlaku di dalam kehidupan, namun, fikirkan apa akan jadi sekiranya proses Pereputan berlaku dalam keadaan berlebihan?

Jadi, perlukah kita pelik & hairan dengan kemunculan pelbagai jenis Penyakit Moden hari ini?

P/s : Terapi Anion yang juga digelar sebagai 'Terapi Yang Menakjubkan' telah memberi sejuta manfaat sejak 80 tahun lalu kepada setiap hidupan bagi mengatasi pelbagai isu Penyakit yang kronik mahupun tidak kronik yang berpunca daripada 'KEROSAKAN ALAM',

Untuk mengetahui maklumat berkenaannya, boleh klik DI SINI


No comments:

Post a Comment